[ companion ]
tidakkah Saiyidatina Khadijah r.a
digelar isteri tercinta Baginda
atas kerana kecintaannya pada jalan dakwah nabi?
bukankah Saidina Abu Bakar r.a
digelar teman terulung Baginda
berpaksikan kesetiaan dan kebenaran dakwah nabi?
masih kaburkah bukti kecintaan
si puteri Baginda,Saiyidatina Fatimah r.a
yang menyusul selepas kewafatan Baginda?
tidakkah diangkat 10 sahabat
yang bersama-sama dengan perjuangan Baginda
sehingga dijamin ke syurga?
mereka semua lambang kekuatan Baginda
mereka semua yang berada di samping Baginda
pada jalan dakwah
pada amal Islam
tika getir,pahit maung melanda
tika senyum tipis di bibir
mereka istimewa di sisi Baginda
mendapat tempat pada pandangan Allah
masih dhaifkah
rantaian ukhuwah dan kasih sayang
di taruh pada jalan dakwah Islam
sungguh,jika kamu diangkat
sebagai teman dan lambang kekuatan
ia benar dari hati kecil itu
yang hanya berpandu pada
kebenaran sirah nabawiyah~
[ pedoman itu dari tunjuk ajar Baginda! ]
No comments:
Post a Comment