[ 2 jenis aka peace! ]
dalam dunia
Allah yang punya
Dia isikan
dengan 2 jenis perkara
yang berakal dan tidak berakal
lalu terbentuklah
alam dan manusia
namun dengan satu dasar kukuh ;
keimanan padaNya
dalam bahagian manusia
ada 2 jenis ciptaanNya
lelaki dan perempuan
lalu akan berkembang biaklah
di atas bumi
dengan satu matlamat yang izzah ;
menjulang tinggi syiar Islam
dalam alam ghaib
ada 2 jenis hambaNya
satu dimuliakan kerana ketaatannya
satu lagi telah dijanjikan neraka
kerana derhakanya
iaitu
malaikat dan iblis
dalam dunia ini
ada 2 bentuk tawaran terhebat
amal soleh atau amal 3asi
yang membawa kepada
2 jenis pintu di akhirat
pintu syurga atau pintu neraka
dalam diri manusia
teruji dengan 2 sifat
sifat yang baik atau sifat yang keji
pilihlah sifat yang ingin
kamu bina untuk
sekepal daging di dadamu itu
[hati]
dalam kaum nabi-nabi terdahulu
sepertimana di ambil ibrah
dari kisah Nabi Nuh Alaihi Salam dan kaumnya
ada yang beriman dan selamat di atas kapal
dan ada yang tenggelam dalam kekufuran
dan ia juga terbentuk dari 2 jenis bukan?
dalam imtihan dunia
mahupun imtihan akhirat
natijahnya juga menghasilkan
2 jenis perkara
berjaya atau gagal
tetap dan tiada yang ditengah-tengah
Asasnya hanya bermakna PILIHAN
jadilah dan bentuklah diri
untuk menjadi pemilih yang bertaqwa
bukan sekadar fatrah pilihanraya
namun
di sepanjang kehidupanmu
[ ISLAM for life ]
[ ISLAM for All ]
- No doubt -
dua dunia kita berbeza^^
ReplyDelete(^_^)v kau selalu dihati~
ReplyDelete[ tbe2 glemer dato siti ]