Thursday, December 2, 2010

refreshing soul

papamummy
siblings
bestfren foreva
[ miss u ]

bunga
flowers
zahra'
[ roses as usual]

puding
aiskrim
jeli
[ confuse ]

hijau 
biru
koko
[ peace ]


[ mahu tidor dan tutup mata rehat badan ]

** dec in tick tock mode **

[ pecahan pintu kehidupan ]

november berlalu tanpa 
sempat dihitung saatnya
disember mendatang masih 
gagal menyangka siang malamnya

penat versus puas
kalut versus kemas
riang versus serius
bersama versus jauh

hakikatnya itu manusia
ada padanya sifat-sifat itu
cuma perlu ingatan padanya
pada asal usul ikhlas

[ tahun lepas berat dan besar hadiah dari-Nya
  tahun ini..semuga yang terbaek lagi dari-Nya=) ]


Monday, November 15, 2010

the story begins...


Pencil: I'm sorry.... 

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 


Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :) 



[ think! ]

beautiful~


rasa mahu saja
memanggil ibu terchenta sepenuh hati
sehingga suara kecil ini
menyinggah pada jasad suci itu

tapi ini penangan ibu
melihat anak saja
sudah meleleh airmatanya
bimbang dengan anak
kerana jauh dari jagaan keluarga

Allah..terkesima..
lembutnya hati seorang ibu
berderai airmatanya
esakannya
hanya mampu ditelan diusap
dari hujung talian

Allah..
aku mohon dengan sesungguh pohonan
kau perkenankanlah 
kau maqbulkanlah
segala hajatnya 
yang membawa kebaikan padanya
kerana hanya Engkau tempatku memohon..

anak mana tidak menyayangi seorang ibu?

[ selamat hari lahir sayang-sayangku mummy =) ]

[ ibu saya?paling chantek dan semua yang paling-paling di hati saya! ]

Thursday, November 11, 2010

da best from u!

[ baby,si tudung merah!]

salam penuh senyuman
dek keriangan khabar dari kota sana

11 Nov 2010
saya kira hadiah terhebat 
dari seorang anak buat ayahnya
sebuah kejayaan si cilik sayang
anis sofia merangkap baby
buat papa tersayang!
pasti!
segala yang lelah 
segala jerih papamummy
sungguh hilang sebegitu sahaja
dengan kegembiraan kejayaan baby

baby,
terima kaseh untuk hadiah itu
ingat satu pesan kak teh
syukur dan terus syukur
jangan pernah terdetik
menjadi si hidung tinggi
terus dan terus berjuang
kerana ini hanya permulaan

buat baby tersayang
kak teh doakan semoga 
baby antara hati suci yang
Allah benarkan dan senangkan
pada hati,akal dan kalamnya
untuk membawa kalam-kalamNYA

love u baby!


[ baby memang kelas la!hehe mantap~]

Wednesday, November 10, 2010

dearest everlove~


sungguh..
rindu yang amat padanya
rindu pada usikannya
rindu pada ajarannya
rindu amarahnya
rindu yang amat ...


[ muka saya ikut muka ayah..yep,sebab saya anak papa! ]

hari ini 
11 November 2010
hari lahir papa tersayang
ya,rindu amat sama papa ..
rasa mau pulang saja~

sepanjang pulang ke tanah air tempoh hari
papa banyak bawa saya ke mana-mana
tambah-tambah lagi ke tempat kerjanya
dan ajar saya macam-macam
yang buat saya menjadi pendiam banyak
kehidupan , ragam manusia , perubatan
susah , kesungguhan , kasih sayang
semua membuat saya berfikir dalam-dalam
benarlah, bergerak sedikit sahaja
sudah membuat kita berubah..
banyak kenangan anak dan ayah
sama-sama berlapar
sama-sama makan
sama-sama penat
sama-sama redah hujan
sama-sama tersenyum
saya tahu..itu hanya sebahagian kecil sahaja
dari kehidupan seharinya

setiap ingatan saya
utuh pada pesannya
sungguh,saya tidak akan pernah lupa
dengan izinNya




papa,
d.ain doakan papa sentiasa menjadi 
hamba yang Allah kasih
hamba yang Allah rindu
hamba yang Allah ingin meredhainya sentiasa
salah seorang umat Nabi yang
amat Nabi ingin temui
dalam keadaan yang paling indah
di jannatul firdaus
Allah ..
aku memohon kebaikan buatnya
redhaMu mengiringinya
dan jauhkan dari kesakitan di akhirat kelak
kerana aku tahu
dia menyayangiMu
sepenuh jiwanya...

papa,selamat hari lahir...

sayang amat sama papa!

Sunday, November 7, 2010

seketika bersama kanak-kanak

ini keadaan-keadaan biasa terjadi
pada ruang kecemasan
di hospital kanak-kanak!

bandingkan 2 situasi ini :

[ proses rawatan bagi pesakit asthma ]

dengan ini :

 [ kanak-kanak yang mengambil rawatan yang sama ]

apakah beza penerimaan rawatan yang sama
berdasarkan 2 situasi di atas?

itulah gelagat kanak-kanak
versi mesriyyin yang cukup kreatif!
untuk kanak-kanak yang merasa 'irritate'
dengan penggunaan mask,
bolehlah sesuka hati mencabut
dan menyedutnya secara 'direct'
pada aliran pernafasan!
dan tak pernah lupa
cik nurse yang selamba sahaja
membiarkan cara rawatan yang salah
itu diteruskan dengan mantapnya!

itulah warta isu semasa
sekitar hospital tanta
department paed!
pasti antunna tersenyum sahaja!
~selamat bermujahadah!~

Wednesday, October 27, 2010

rombongan maarad!~

[  ini dia kak mun~ketua angkatan ketok2 =) ]

kami datang berdoyon-doyon,
bersama hati berbunga-bunga,
 adik kakak ayuh berteman,
janji setia susah senang bersama.

dulang diangkat penuh teliti,
khuatir kueh berubah segi,
rumah diketok penuh seri,
semoga kunjungan lekat di hati!

satu rombongan
satu misi
satu hati
satu PCT!

[ sempurna adek badek akhawat dari tahun 1-5 ]



the legend of 'isme'

[ PERUBATANisme ]

semangat-semangat yang dicucuk
dalam jiwa-jiwa manusia
sama ada dari sudut
semangat patriotik
[ malaysia tanah airku ]
semangat kenegerian
[ kelantanisme ]
semangat berbilang bangsa
[ hak melayu ]

semangat berkumpulan
[ brotherhood ]

dan pelbagai lagi..

semua itu perlu diingat kembali
harus mengikut garis panduan
yang Allah tetapkan pada dasarnya
selagi mana semangat itu menjunjung ISLAM
sejauh mana semangat itu membela para MUSLIMIN
seteguh mana ia di atas garis Al-Quran dan Assunnah
maka,moleklah semangat itu pada jiwa itu!

ingat!
yang diperjuangkan itu adalah ISLAM
-KADER PENYATUAN-
yang Allah janjikan peliharaan ISLAM hingga akhir zaman..
bukan semangat atas bentuk kebajikan
bukan semangat atas dasar manusia
jika ia tersasar,maka sungguh!
itu taksub namanya!
dan benar..
ia sesekali tidak kekal!


[ buka hati,buka minda..usah berdalih kosong! ]
[ selagimana PERUBATAN menjunjung ISLAM mengikut 2 harta tinggalan nabi junjungan kita 
dan menyatu jiwa muslimin,hati ini tidak akan beralih arah!]
[ ukhuwah itu perlu dikukuh atas dasar iman,bukan perlu dilonggar terus atas dasar manusia!]

Friday, September 17, 2010

greatest moment!

ini catatan
penguat hati kelak

[ bersama sebahagian kecil keluarga besar sebelah ibu ]

[ nenek dan sebahagian anak-anaknya ]

[ my handsome and my beauty ]

[ mama and her son ]

[ da most pretty girls in family --> umi ngah and umi bi ]

[ umi teh , 'daddy' and umi kak =P ]

[ da shy one with smiley =) ]

[ ayang with senget umi ngah's glasses ]

[ rombongan papa dan anak-anak ]

[ nikmat Allah bagi =) Alhamdullilah ]

Sunday, September 12, 2010

survival


[ pingu madagascar=) ]

pingu berusaha untuk mencari jalan keluar
kembali ke tempat asal
usaha tidak pernah mundur
biarpon berkali-kali
tersilap langkah

pengajaran dari cerita
lalu kita sama-sama adaptasi
dalam kehidupan kita
' CELIK AKHIRAT '
ya,ayuh berusaha
biar terngadah
biar terluka
dengan ujian
asalkan cemerlang kelak!


[ terkesima dengan kata-kata penuntut pondok moden ]

Friday, September 3, 2010

qesah itu~


[ kawan,teman,sahabat]


pagi tadi..lebih kurang jam 11 tengahari
satu panggilan menerjah pada hassan
nombor kl..tak dikenali..

'assalamualaikum..hello..kenal tak siapa ni?'
'waalaikumusalam..huhu..balqish ke ni?
'bukanlah..ni kak ti..ingat lagi?'
'kak ti..[terpinga-pinga..banyak kak ti ni..yang mana satu]'
'kak ti baru sempat kol awak..sebok sangat'
'xpe je..[laa..kak ti teman seperjalanan pulang hari tu!] kak ti datangla beraya nati kat rumah!'
'okeh..lepas majlis akak iAllah..lepas raya ke 3..rumah kat patung naga tu kan?'
'aah..iAllah nanti kite jumpa ye'
'ok..salam'
'salam'
ini sebenarnya sambungan kepada cerita
hari perjalanan saya pulang ke kelantan
kak ti  bukan nama sebenar
teman seperjalanan saya
kira-kira 8-9 jam menjadi sahabat

qesah bermula
[ pusing memori kembali..]
saya baru sahaja tiba dari bumi mesir
bekejar-kejaran untuk naek bus transnasional pada hari yang sama di putrajaya
untuk kembali ke rumah terchenta
mata mula pening..sudah tidak boleh berfungsi dengan baek
gara-gara waktu jam yang berbeza
tiba-tiba muncul di sebelah saya
seorang wanita berusia 20-an
memakai tshirt dan seluar
rambut keperang-perangan diikat
saya mengangkat muka
menghulurkan tangan untuk bersalam
alhamdullilah..salam disambut penuh kekok

dengan penuh muka selamba dan sedikit kesian
saya memulakan taaruf
nama saya bla..bla..bla..
saya baru balik dari mesir dan memohon pertolongan dari saudari
saya tak pernah naek bus sendiri dan tak kenal tempat sendiri
[ aiyoo..ada jugak orang cam saya??kat mesir punyala berdikari..kat malaysia..zero!]
kalo tak menyusahkan..tolong kejutkan saya bila tiba di kota bharu
[he he he..sesuka hati je saya ni]

selepas itu sesi kami berkenal-kenalan pon bermula
saya asal kat sini..adek badek ramai ni..bla..bla..bla..
[ qesah saya tak menarik macam kakak ni]
dengan penuh berhati-hati
kakak itu memulakan bicara
nama akk .........................
panggil akk kak ti..umur akak 25 tahun
akak kerja kat kl,akak bisnes kedai bata..akak da lama tak balik rumah
da lama tak jumpa mak..rindu..
akak balik untuk buat urusan kahwin
iAllah akak kahwin raya ni..
bakal suami akak orang kl
adek beradek akak..semua dah besar
bla..bla..bla

kami bertukar-tukar cerita
saya ceritakan tentang keadaan ramadhan di mesir
sungguh saya rindu suasana itu
saya tunjuk gambar - gambar di mesir
[ habis bukak laptop siap!he he he]
cerita tentang nabi musa..cerita tentang bani israel..cerita tentang firaun
dan macam-macam lagi
[ orang sekeliling asyik pandang-pandang..banyak cakapnye dak ni!]

sudah hilang rasa kekok
sudah hilang rasa asing
sungguh!mulakan taaruf!jangan layu wahai penggerak!

bus berhenti,tiba pada r n r
rancangan asal rasa segan mahu turun sama
tiba-tiba kak ti mengajak turun bersama
saya menolak dan memandang luar cermin
kelihatan kak ti menunggu di luar
Allah!saya segera turun dari bas~

kami minum milo bersama-sama
milo susu versus milo 'o'
saya bercerita tentang hadis nabi
tentang wanita
betapa perlu kita menjaga diri supaya orang yang kita sayang
tidak tercampak ke dalam api neraka disebabkan oleh kita!
kak ti mula membuka qesah silam
waktu kecil lagi
ayah sudah meninggal..adek beradek semua
hilang minat belajar
maen-maen..nakal..
kasih ibu dan bapa perlu selari
baru lengkap
hurmm..alhamdullilah!Allah bagi peluang saya dibesarkan dengan ibu bapa
katanya..bukan senang untuk hidup senang
dan tak semua orang rasa hidup senang
susah namun itu cabaran

kak ti menyuruh saya naek ke bus dahulu
katanya mahu merokok
saya diam membatu
[ buat muka dek..seposen]
kak ti merokok..tapi sangat menghormati saya
asap ditiup jauh dari saya
saya berpesan mengikut naluri wanita
akak,kalau boleh..bila akak mengandung
akak berhenti merokok..baek untuk akak dan anak
dia senyum
katenya..berjanji akan berhenti selepas kahwin
saya memberanikan diri bertanya
akak belajar merokok dari mana
katanya dari abang dan adek beradek
ditambahnya lagi
bakal mentua pon sama..merokok juga
Allah..saya risaukan dia!
dia bertanya tentang kesan merokok pd diri dan kandungan
Allah!sungguh!ilmu medik itu juga jalan dakwah bukan?
lalu dengan penuh bersemangat saya bercerita
[ pasni memang nak belajar rajin2x! nanti bleh tolong ramai orang!! ]

waktu terakhir bersama kak ti di bus
saya memberinya sebuah buku dan sepasang sarung kaki
[ itu je barang baru yang ada dalam beg!huhu ]
dengan sedikit nota kecil
saya memberi padanya
semoga tak terputus ukhuwah ini
[ dan saya sangat kalut sehingga lupa untuk mengambil no hp nye!]
dan kami berpisah!~

dan tadi
alhamdullilah..
kak ti menghubungi saya=)

sepanjang perjalanan kami
ramai yang memandang serong
ramai yang memandang sinis
ramai yang buat muka jelek
dan saya,masih tersenyum!

mahu rasa pengalaman begini?






Thursday, August 26, 2010

buat yang terchenta!~


[ kak ngah dengan sahabat baek twin ]

Gambar di atas ada kaitan sedikit sahaja
[ he he he =) ]
itu kisah kakak saya dengan sahabat twin-nya
ini qesah saya pula!~

Berita Bachok Jam 0219
Dalam ingatan
27 ogos 1991..
2 orang kanak-kanak disyaki kembar
telah selamat dilahirkan oleh mamanya
setelah berhempas pulas meng'psiko'
anak-anaknya yang sangat nakal
sejak di dalam  kandungan lagi
Berhubungan dengan itu
mereka,kembar [ setelah disahkan oleh doc ]
telah menjadi orang melaka secara automatik
seperti yang termaktub di dalam sijil lahir
Namun,setelah membesar dengan penuh jaya
mereka sekarang telah selamat menjangkau
usia 19 tahun dan sedang berjuang di dalam bidang kedoktoran
atas sebab masalah teknikal pada siaran kali ini
saya ingin mengucapkan
selamat hari lahir buat sayangku!~
[ alon,fatin athirah dan adik,fatin atikah ]
semoga menjadi anak-anak yang solehah 
sentiasa kuat berjuang dan
bertambah keimanan serta ketaqwaan..
inni uhibbukunna fillah!~
sekian sahaja siaran berbayar kali pada kali ini
[ alon adik kena bayar kat akak!hehehe =) ]
saya akhiri dengan lafaz
eid milad saed ya habibati wa
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

[ maaf,gambar mereka tidak boleh diupload atas sebab tidak boleh!huhu~]
[ selamat membesar ye (^_^)v ]

hujan batu di negara sendiri


[ kembali ]

Alhamdullilah
selamat tiba dengan pengalaman yang berbeza
sungguh,ia membuka mata!

Allah memberi taklifan
secara sedar..terasa berat amanah itu
sambil hati berazam
ya,perlu menjaga masyarakat disini
lebih-lebih lagi saudara sesama Islam

satu pengalaman yang ingin dikongsi
tapi mahu melihat aksi sahabat
jadi dijadikan dahulu sebagai satu 'case study'
 sama-sama fikirkan!

 - case 1 , 25 ogos 2010 -

Personal :
Wanita Islam berusia 20 an
Merokok dan tidak memakai pakaian yang syari'e

Peluang:
Teman seperjalanan permusafiran

sahabat,
apa respon antunna?
apa yang antunna cuba usahakan?
bagaimana antunna merebut peluang?

ini tarbiah Ramadhan!


[ syukran buat semua sahabat yang membantu sepanjang permusafiran ! ]

Monday, August 23, 2010

August Rush!~


[ faster!]

memorial hari bersejarah
bukan lambang kemerdekaan tanah air
namun perjalanan masa
mengenal diri
mencari identiti dalam kelemahan
mahu merdeka dari penjajahan diri yang dulu~

berlari - lari mengejar ilmu
termengah-mengah mengadap amanah
ke kiri menjeling
ke kanah terngadah
memang menjerat jiwa!~

utuhkah paksi kesabaran ?
skala iman berkadar pada rasional akal
ditenung kerap sekali
detak hati kecil menyeru lantang
'yakin padaNya..itu yang menguatkan kamu!'

tawakal itu bersama-sama orang beriman
dan sungguh,tidak akan berhelah!
aku mahu menjadi salah seorang beriman itu
sehingga pertemuan dengan si Maha Agung!

wahai cintaku
wahai rinduku
semoga penantianku kelak
bersemuka denganmu dan para sahabatmu
dan aku akan sering mengulanginya
akulah ummatmu yang amat mengasihimu!

wahai Ramadhan
kamu saksiku
pilu lelah dengan ogos kali ini
akan menjadi bunga mekar yang berkembang
tunjang kekuatan diri!

ibu ayah adik beradik tercinta
semoga berjumpa
dalam suasana penuh rahmat!

[ doa yang tidak akan pernah putus! ]

Saturday, August 21, 2010

penentuan

[menuju kejayaan!]

pesan ibu :
minta segalanya dari Allah
yakin dan pasti denganNya
usaha sehingga akhir daya
semoga esok tenang menghadapinya~

ya Allah permudahkanlah,jangan Kau susahkan!

[ doakan kami semua ya sahabat-sahabat! ]

Wednesday, August 18, 2010

addin~


ini video 
hadiah dari addin
katanya sebagai pembakar semangat
penguat hati yang lemah

addin ku sayang~

' Dan ketikamana kamu mencintai 
saudara kamu atau teman kamu 
beritahulah dia dan katakanlah padanya 
إني أحبك في الله
 (sesungguhnya saya menyayangi kamu kerana Allah)
dan nescaya 
dia akan membalas kepadamu dengan menyeru kamu
أحبك الذي أحببتني فيه 
(saya menyayangi kamu yang menyayangi saya kerana-Nya )

[ jangan hanyut dalam kelemahan diri,kerna itu menyakitkan kamu! ]

Tuesday, August 17, 2010

madrasah ramadhan!

[ deq sue sayang sedang belajar dalam kereta ]

sejak akhir-akhir ini
tiba-tiba semangat semakin berkobar-kobar
mungkin terkesan dengan peringatan yang pasti
iaitu MATI~
 Allah..Allah..Allah!

ayyuh,
hari ini perlu cemerlang dalam subjek 'SABAR'
oh~dan memang pantas
sabar itu cantek!
dan tidak akan pernah lupa
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan~
selari bukan?

sabar perlu pada 4 tempat :
~sabar dalam ketaatan padaNya
~sabar dalam kemaksiatan
~sabar dalam ujian dan mehnah
~sabar dalam hawa nafsu

selamat bermujahadah!

man ana?

[  round public health - jumpa kalian di tahun 5! ]

siapa kamu?
seringkas soalan
sedalam jawapan
kamu SYABAB!

syabab itu punya 4 perkara :
- intelektual yang tinggi
- kekuatan jasmani
- hati yang tulus
- suka berhibur

kita punya kekuatan
kita pencorak masa depan ummah
kita pemimpin hari esok
masih mahu terbang di awan?
ayyuh,jejak ke tanah asalmu!

[ syabab itu aset penting tahu? ]

Monday, August 16, 2010

hati macam ais


ais itu sifatnya pepejal
kuat dan padat
boleh dibentuk dan diukir
tapi tidak selama-lamanya
akan menjadi begitu
jika tidak diletakkan dan disimpan
dengan penuh berhati-hati
pasti menjadi satu juzuk yang berbeza

air itu sifatnya cecair
bergerak ke sana-sini mengikut ruang
hanya dibentuk jika dipaksa
boleh jadi air yang busuk
boleh jadi air yang nyaman
boleh jadi juzuk yang menenangkan
dan juga boleh berubah menjadi ais
tidak mustahil bukan

hati pula abstrak 
tidak dapat dilokasi oleh akal
tapi wujud dalam diri manusia
kata orang hati itu 'heart'
setengah pula menyangka hati itu 'liver'
sungguh,hati itu misteri bukan?

kesimpulannya,
hati ~ ais ---> air
kamu pilih mana sifat hati kamu~
sahabat,jangan 'selalu' paksa hati kecil kamu yang berjiwa besar itu ya!
takut-takut terus memberontak 
dan langsung tidak beramal!


[ dua tiga hari yang bermonolog dalaman ]

Friday, August 13, 2010

bulan ummah!


Pengertian Ramadhan :

رمض   
yang membawa maksud cuaca yang panas

يرمض ذنب
yang bermakna menghapus dosa-dosa

Sebahagian pendapat mengatakan perlu disebut perkataan شهر
pada setiap sebutan Ramadhan kerana
'Ramadhan' itu adalah salah satu dari nama-nama Allah ..

Jumhur Ulama berpendapat tidak mengapa untuk menyebut
Ramadhan sahaja

[ Madrasah Ramadhan ]

Dari Said Hawa :

Pada hakikatnya , Ramadhan adalah madrasah melalui 
cara pengajaran dan  ganjaran .

Didikan pertama melalui madrasah ini adalah didikan IMAN

Didikan kedua adalah didikan jiwa dengan
merasa Allah melihat dalam setiap tingkah kehidupan kita
[ muraqabatullah]

Didikan terakhir adalah dengan melahirkan jiwa-jiwa yang bertaqwa!

[ selamat berpuasa buat semua sahabat!]

Saturday, August 7, 2010

di sekeliling baginda ada mereka..

[ companion ]


tidakkah Saiyidatina Khadijah r.a
digelar isteri tercinta Baginda
atas kerana kecintaannya pada jalan dakwah nabi?

bukankah Saidina Abu Bakar r.a
digelar teman terulung Baginda
berpaksikan kesetiaan dan kebenaran dakwah nabi?

masih kaburkah bukti kecintaan 
si puteri Baginda,Saiyidatina Fatimah r.a
yang menyusul selepas kewafatan Baginda?

tidakkah diangkat  10 sahabat 
yang bersama-sama dengan perjuangan Baginda
sehingga dijamin ke syurga?

mereka semua lambang kekuatan Baginda
mereka semua yang berada di samping Baginda
pada jalan dakwah
pada amal Islam
tika getir,pahit maung melanda
tika senyum tipis di bibir
mereka istimewa di sisi Baginda
mendapat tempat pada pandangan Allah

 masih dhaifkah
rantaian ukhuwah dan kasih sayang
di taruh pada jalan dakwah Islam
sungguh,jika kamu diangkat 
sebagai teman dan lambang kekuatan
ia benar dari hati kecil itu
yang hanya berpandu pada
kebenaran sirah nabawiyah~

[ pedoman itu dari tunjuk ajar Baginda! ]

arigatou

[ magic simple word ~ thank you =) ]



To those who laugh, support,
and encourage me
[yet,you know this is for you]

Every day's a carefree day
that's how I'm living.
The things I must do
and the things I can't do
there are so many of them, but
I always do my best
because of all your encouraging smiles.

If I had to say something
my answer would really be gratitude
to my irreplaceable friends and family
overflowing with happiness together
I have the present and I've got everyone
so I can still smile on a bad day
I'm so thankful, I can't hold back my tears.

To those who laugh, support,
and encourage me,
I won't ever forget this feeling.

In front of others, you're only mean to me
but when it's just us you're always so nice.
You always lose our arguments
but you always smile so easily the end.
Sometimes I want to dress up and go out
and my selfishness can be annoying
but you still watch over me either way
covering me with your warmth.
That's why I want to say thank you
even though it's embarrassing saying it just now.
Even if I lose my way in a dark tunnel
we can find the shining exit together.
Even when you're tired and busy, you still call me to say "good night"
I'm always so happy for these small kindnesses.

Sometimes we stubbornly dissagree
and refuse to give in, but
in the end, you're still very important to me, so
even now, I sincerely hope we're together

It's so obvious, yet it's not.
I want to show how grateful I am for being alive right now.
I always want to let you know I'm happy.

Today, tomorrow, and the day after, we'll all laugh together.
Let's trust our bonds won't change no matter what.
Today, tomorrow, and the day after, we'll all walk together.
No matter what happens, we'll somehow stay together.
Thank you

[ being grateful is a good thing to do! ]

Friday, August 6, 2010

when you say nothing at all

[ triplet heart ]


It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
Try as I may I could never explain
What I hear when you don't say a thing

The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
A touch of your hand says you'll catch me if ever I fall
Now you say it best, when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near you drown out the crowd
Old Mister Webster could never define
What's being said between your heart and mine

The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
A touch of your hand says you'll catch me if ever I fall
Now you say it best, when you say nothing at all

[ nostalgic~ ]

Wednesday, August 4, 2010

terisi

[ penuhkan dengan molekul aktif!~]

kaku
statik
tidak ke mana
ke atas tidak 
ke bawah bukan
gara-gara
diri 'terhilang' kunci ilmu

wahai manusia!
pilih!mana posisi ilmu pada dirimu?
kamu belajar melalui proses pembelajaran ilmu?
kamu belajar melalui nasihat?
atau kamu belajar melalui kesalahanmu?
tolaklah jasadmu 
ke arah jalan-jalan ilmu
nescaya kamu tidak lagi
di takat beku yang sama!

[ kosong pemikiran itu menyesakkan!]

Sunday, July 25, 2010

perkhabaran dari timur tengah



[ perutusan diri ]

salam buat sahabat-sahabat 
jauh dari kota mesir
dekat di kampung jati

ini perkhabaran khusus buat antunna
jarak yang jauh kita dekat-dekatkan
mari kita mulakan!~

untuk pengetahuan antunna
natijah untuk  pelajar tahun 1- 4
alhamdullilah sudah diumumkan
moga natijah kali ini
mendapat keredhaan disisiNya
oh~itu yang saya amat gerunkan jika
tiada keberkatan pada natijah imtihan kali ini

perkara kedua yang berlaku di sekitar tanta
adik-adik ramai yang berpindah rumah
sehingga saya tak mampu 
untuk menjejaki mereka!
dari maarad --> awal shouber --> kafr esom
semoga rumah baru disertai dengan semangat yang baru!

bilangan akhawat-akhawat tanta
insyaAllah menjelang ramadhan nanti
dalam lingkungan < 97 orang
ya Allah,semuga umur hamba masih ada
meniti ramadhan nanti!

program-program banyak yang tersusun
mengisi ruang-ruang waktu
KUNTUM , Profesional attachment , TWEET
dan macam-macam lagi
dan saya ,
 tak mampu untuk menghadirkan diri dalam semua itu!~

sahabat-sahabat kita
yang menjadi tetamu Allah baru-baru ini
Alhamdullilah
semua selamat kembali
saya dapat merasa tamar nabi dan air zamzam!
Alhamdullilah!!!
(^_^)v

madam-padam tanta
sudah mula menunjukkan aura kepulangan mereka
masing-masing sibuk mengurus visa keluarga
kak sya,ust fadhil dan insyirah sudah terbang ke kota sana
kak nisa dan ust faizol sudah menimang si puteri
namanya sofiyyatul ulyaa
ada iras-iras nama hamba
" doakan adik ulyaa cepat pulang dari 'asrama' ya acik-acik! "

banyak lagi yang ingin diceritakan
cuma tak mampu dek tangan nak menaipnya
semoga ukhuwah kite berterusan
tidak terputus di tengah jalan!
 
doakan saya dan sahabat-sahabat semua
yang masih berjuang di tanah tanta
nantikan kami!
kami juga mahu kembali~
menunggu masa yang terbaek dariNya!
doakan..doakan..doakan
sungguh,saya rindu kalian!!!

[ saya juga menanti perkhabaran dari kota sana =) ]

Friday, July 16, 2010

tiba masanya!

[ syukran Allah .. kurniaan ibu bapa yang amat tinggi nilainya!]

kini tiba waktu untuk diri
Allah menuntut atas segala
kata-kata nasihat diri yang dilontarkan
segala ilmu yang diri telah hadami
mana amal kamu?
mana bukti kamu sebagai hambaKu?

saat ini semua hati sedih
mencari-cari kekuatan dariNya
ya,sokongan dari keluarga,
sahabat sekeliling
itu dikira bonus dari Allah
jika bonus itu menurun
tak mengapa
kekuatan dariNya yang utama
senyum~ =)

yang rapat menjadi asing
yang stabil menjadi sensitif
entah dimana salahnya
semua kelihatan tidak menggembirakan
senyum~~ =)

ya Allah,
aku mohon Kau berikan hamba ini
kekuatan dan kecekalan
dan kejayaan yang Engkau redha di sisiMu~

Sunday, July 11, 2010

Ibrah


[ doa hamba,jangan pernah putus! ]

banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling 
penuh kalam-kalam yang didengarkan
nikmat yang datang
ujian yang menyinggah
semua menuntut ibrah dari diri
pandang dengan Iman
teliti dengan Ilmu
semoga Hikmah itu dapat dikecapi

' Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini
menjadi beberapa golongan; 
di antaranya ada orang-orang yang soleh
dan ada yang tidak demikian.
Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik
dan bencana yang buruk-buruk
agar mereka kembali kepada kebenaran '
[ Al-A'raf : 168 ]


Monday, July 5, 2010

tersembunyi

[ semangat ]

seolah-olah
hilang tanpa jejak
berubah haluan
sehingga kelu mencari jalan pulang

ia kembali
ia menerbit
dengan lebih kuat
dengan lebih terang
setelah bersembunyi
jauh kelam ke dasar hitam

rupa-rupanya
yang hilang
yang jauh
adalah rasa dahaga
haus
sungguh!
aku rindu tarbiah itu!

 tarbiah itu
bukan bersifat memberi
sebaliknya
menuntut sifat diri
untuk gigih bekerja
tabah hadapi mehnah
tersenyum puas 
biar penat erat memegang!


[ kak ji suda mau pulang ..]
[ penat namun itu yang hilang rasa haus hamba~ ]

Thursday, July 1, 2010

nikmat

[ rasanya seperti air zamzam ]

hamba..bagaimanakah diri..
bila diberi nikmat?
bahagia?
gusar?
bimbang?
tersenyum riang?
tunduk sujud padaNya?

[ mahu lakukan yang terbaek pada peluang ini ]

Sunday, June 27, 2010

heart-less

[ da rhyme of life began ]

All I know
Time is a valuable thing
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
The clock ticks life away

 It's so unreal
Didn't look out below
Watch the time go right out the window
Trying to hold on, but didn't even know
Or wasted it all just to watch you go

I kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me will eventually be
A memory of a time when

I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
And for all this
There's only one thing you should know

I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter
 
[ mute ]

Saturday, June 26, 2010

permohonan : Jiwa yang tenang

[ maqam As-syahid Imam Hassan AlBanna ]

Menurut Imam al-Qurthubi :
Jiwa Muthmainnah adalah jiwa yang tenang dan yakin.
Ia yakin bahawa Allah adalah Tuhannya.
Lantaran itulah ia khusyuk dan tunduk..

Daripada Mujahid :
Jiwa yang redha dengan qadha Allah.
Ia mengetahui bahawa apa sahaja yang ditetapkan tersasar daripada dirinya,
pasti tidak akan mengenainya.
Dan apa sahaja yang ditetapkan kena kepada dirinya,
pasti tidak tersasar daripadanya.

Kata Hasan Al-Basri :
Sesungguhnya apabila Allah Ta'ala ingin mengambil roh hambaNya yang mukmin,
jiwanya tenang kepada Allah Ta'ala dan Allah tenang kepadanya.


hamba yang memohon penuh belas kasihan,
- wan nor ain alyaa binti wan zain -

Wednesday, June 23, 2010

bersama hingga ke waktu akhir!

[ p.t.e ikhwah ]


Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa
 
 
 [ p.t.e akhawat ]