[ jangan dipeluk erat seorang diri~luahkan!]
jangan segan!
usah kekok!
ayuh usaha!~
sayang pada sang Pencipta, Allah s.w.t
patuh semua perintah,jauh semua larangan
biar berkembang rasa takut
semoga tinggi rasa kasih!
~TAQWA~
sayang pada Rasulullah s.a.w
rindu-rindu Baginda
tunjuk deras,amal semua..
sunnah Baginda!
~Baginda sentiasa merindukan 'ummah' Baginda'~
sayang ayah..sayang ibu
sayang adik beradik..
yang salah sama solehkan
yang benar pertingkat amal~
sama-sama disyurga kelak!
sayang pada sang Pengajar ilmu
yang ditutur sudah memancar ibarat sang purnama
amal..amal..amal ilmu itu..
jangan disimpan seorang-seorang
ilmu itu di kepala ( ingatan ) bukan pada buku!
sayang sahabat-sahabat
bukan tika susah sahaja sama hadapi
namun tika senang wajib sama rasai
hubungan itu atas dasar Rabb
jika itulah benarnya
sama-sama berpegangan tangan ke jannah kelak!
sayang adik-adik
tika kamu jatuh,jangan rasa jauh
tangan-tangan ini menunggu untuk dipaut olehmu
biar berbeda rasa,biar berbeda cara
ini tanggungjawab diriku terhadapmu dihadapan Allah!
sayang sesama muslim
sayang pada alam ciptaanNya
sayang pada semua HambaNya
semua rasa ini..
semua sifat ini..
datang dari Allah..
yang suci jangan sesekali dikeruhkan!
[ ya Allah..kau kurniakanlah kemudahan dan kejayaan pada kafilah itu dalam misi ke Palestina!Allahuakbar!]
No comments:
Post a Comment