[ mereka bersih dari noda dosa~manisnya senyuman! ]
ruang sekeliling
yang sunyi jadi ceria
yang tegang jadi tenang
hanya kerana
senyuman dan percakapan yang menarik
bila berkata-kata
tidak melebih-lebih
seimbang dan sederhana
senda guraunya
lembut,tidak bertentangan dengan kebenaran
tidak melukakan perasaan
tidak mencetus ketawa terbahak-bahak
Nabi berkata :
'Andai kamu bertemu dengan seorang teman
dengan wajah tersenyum,
itu juga satu ibadah!'
Bilamana kamu beriman
Bilamana kamu bertaqwa
sungguh!
semua itu tidak menjauhkan kamu
dari keselesaan!
Senyumlah!
Ketawalah!
dengan keimanan yang kukuh tertanam di dalam diri
ibarat seketul batu!
[ Fatrah imtihan yang tegang..ayuh cuba praktikkan gambaran ini !
'Ia menemui manusia dengan keriangan dan sopan santun membuatkan kasih sayang menjunam ke dalam hati sahabat-sahabatnya..']
No comments:
Post a Comment