Saturday, June 26, 2010

permohonan : Jiwa yang tenang

[ maqam As-syahid Imam Hassan AlBanna ]

Menurut Imam al-Qurthubi :
Jiwa Muthmainnah adalah jiwa yang tenang dan yakin.
Ia yakin bahawa Allah adalah Tuhannya.
Lantaran itulah ia khusyuk dan tunduk..

Daripada Mujahid :
Jiwa yang redha dengan qadha Allah.
Ia mengetahui bahawa apa sahaja yang ditetapkan tersasar daripada dirinya,
pasti tidak akan mengenainya.
Dan apa sahaja yang ditetapkan kena kepada dirinya,
pasti tidak tersasar daripadanya.

Kata Hasan Al-Basri :
Sesungguhnya apabila Allah Ta'ala ingin mengambil roh hambaNya yang mukmin,
jiwanya tenang kepada Allah Ta'ala dan Allah tenang kepadanya.


hamba yang memohon penuh belas kasihan,
- wan nor ain alyaa binti wan zain -

No comments:

Post a Comment