[ rumah baru yang menyakitkan mata!]
ada satu kisah..
sedih dan sungguh pilu..
alkisahnya di sebuah tanah lapang
berdiri teguh si rumah papan beratap nipah
almaklumlah..
rumah lama..ditelan zaman
namun TETAP TEGUH
teguh kerana ahli rumahnya BERSATU
yang bocor sama ditampung
yang reput sama diganti kayu yang lagi kukuh binaanya
yang penting tapaknya yang SATU
masih utuh!
ya,tapaknya itu yang perlu dijaga sungguh-sungguh!
itu janji mereka!janji yang dilaung dengan kalimah Agung!
Allahuakbar!
ahli semakin ramai..
Alhamdullilah..dapatlah mereka bersatu bergabung
mencantikkan dan membesarkan rumah itu lagi
lalu,tersenyumlah si ketua rumah berseorangan
harapannya..semakin bahagialah mereka semua
kuharapkan panas hingga ke petang
rupanya mendung ditengahari
badai datang menerpa
rumah-rumah baru dibina dengan sesuka hati di sekitar rumah lama itu
alasan mereka kononya kukuh
kami mahu yang lebih baek
kami mahu peningkatan
kami mahu itu dan ini
menangislah seluruh ahli rumah yang membina rumah lama itu
bukan kerana kehilangan teman serumah
namun kerana
hilangnya rasa kuat bersatu
sudah pudar rasa bersama
Allah..mereka menangis!
Doa dan usaha tidak pernah berhenti
apa sudah mereka tidak mahu bersama - sama mencantikkan rumah
lantas TERUS membina rumah baru
sayu..pilu..sedarlah sahabat-sahabat
ini binaan kita
kite mesti pertahankan
yang kurang sama kita tampung
yang lebih sama kita rasai
BERSATU bukan BINA yang LAIN!
Si ketua menangis tersedu sedan
bukan kerana rasa lemah
bukan kerana rasa dipermainkan
tapi kerana TIDAK INGIN BERPUTUS ASA
ya..aku mesti kukuh..aku mesti kuat..
ya..aku mesti kukuh..aku mesti kuat..
hubungkan kami kembali!
pasti!Pelangi akan muncul pada badai itu!~
[ rumah baru?sampai bilakah kekalnya jika tujuannya menyimpang jauh?]
dalam maksud rumah baru ain rupenye..
ReplyDeletemasing2 pnye fikrah yg berbeza ain..
namun kta masih pnye satu persamaan yg x mungkin bbeza kan?..
iaitu m'gapai REDHA Allah~
moga kita masih boleh bSATU
utk SATU matlamat ini..ameen~
SATU kn hati2 kami Ya Rabb!
eh sejak bila cik fazilah ada belog??
ReplyDeleteKita duduk atas bumi yg sama, kita berteduh di bawah langit yg sama, kita junjung kalimah yg sama -Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.
Rumah besar kita sama, mungkin bilik-biliknya saja berbeza-beza :P
salam~
ReplyDeletebuat ilah~
rumah yang banyak xmelambang kesatuan
bilik yang byk pd satu rumah
itu lebih sy gemar~
smuga semuanya dpt digapai demi islam tercinta~
erm, kadang-kadang bagus juga ada rumah2 baru yang lain supaya tidaklah ketua rumah lama itu sentiasa di takuk yg lama n rse sudah baik dan bagus dgn rumah lamanya. Maka di situ ketua rumah lama pasti berfikir bagaimana nak 'upgrade' rumah lamanya..
ReplyDeletei'm trying to see from the other perspective~
just an opinion..
[yg terbaik itu bukanlah yg paling lama, tetapi yg terbaik adalah yg paling dekat dgn Allah n Rasul..]
banyak keadaan teori itu hanya cantik pada katanya
ReplyDeletetidak ubah seperti indah khabar dari rupa
hurm..
ReplyDeleteperkara yg xkan selesai jika dibncg dlm keadaan komunikasi yg xberkesan ini
semuga semua dpt mnfaat~
sy x nak umah baru!!!
ReplyDelete*semangat 1 hati 1 pct*
sibuk bina rumah baru last2 keje islam pon terbengkalai...nothing is perfect,Rasulullah said ummati,ummati,ummati...but we still discussing the matter that wont bring to amal jariah...
ReplyDelete