Tuesday, April 27, 2010

..dari wajahmu itu..


Rupa paras seseorang menjelaskan peribadinya
Bentuk binaan tubuh badan,sifat fizikal,rupa bentuk anggota-anggotanya
merupakan gambaran tentang akal dan akhlaknya...
Wajah menggambarkan akal seseorang,
ia ibarat buku yang sentiasa terbuka bagi menerangkan tentang 
sifat-sifat serta sejarah kejayaan
yang akan dicapai pada waktu mendatang kelak!

Baginda Rasulullah s.a.w

Saidina Jabir Samra mengatakan : 
'Aku pernah sekali melihat Rasulullah di bawah sinaran bulan
dan aku membandingkan wajahnya dengan bulan,
akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah jauh lebih cantik dari bulan.'

Bara' bin Azib :
'Cenderung kepada tinggi,di tengah-tengah orang ramai,
Baginda kelihatan tinggi dari orang lain.'

Sabda Nabi :
' Aku adalah hamba Allah dan pakaianku adalah sesuai sebagai hamba'

[ rindu itu menggamit lagi~]

Monday, April 26, 2010

[ An-Najm ]

31. Dan milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Dengan demikian Dia akan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan pada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik iaitu syurga.

32. Iaitu mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji,kecuali kesalahan-kesalahan kecil.Sungguh,Tuhanmu Maha Luas ampunanNya.Dia mengetahui tentangmu sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu.Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci.Dia mengetahui tentang orang yang bertaqwa.

33. Maka tidakkah engkau melihat orang yang berpaling dari Al-Quran?

34. dan dia memberikan sedikit dari apa yang dijanjikan lalu menahan sisanya.

35.Apakah dia mempunyai ilmu tentang yang ghaib sehingga dia dapat melihatnya?

36. Ataukan belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran-lembaran Musa?

37. Dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji?

38. iaitu bahawa seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain,

39. Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,

40. Dan sesungguhnya usahanya kelak akan diperlihatkan kepadanya

41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna

42. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu,

43. Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,

44.Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,

45. Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan

46. dari mani apabila dipancarkan

47. dan sesungguhnya Dialah yang menetapkan penciptaan yang lain (kebangkitan setelah mati)

48. dan sesungguhnya Dialah yang memberi kekayaan dan kecukupan.

[ surah An-Najm : 31-48 ]


[ hati perlu dilembutkan dengan kalamNya! ]

Saturday, April 24, 2010

year of blossom (^_^)v

[ da 3rd red rose! ]

[ da soulmate white carnation~]


 
[ pink carnation dats being growing! ]

SubhanAllah
Flowers..
da perfect creation by da Most Merciful God
Allah subhanahu Wa Taala

flowers make ur life shining brighter
flowers make ur face smiling happily
flowers blow away ur messy thinking
being tranquil
being loving

thank you Allah for this great creation!

[ jazakillahkhairan kathira ya habibati li kullu zuhur! ]

Tuesday, April 20, 2010

M.U.M.T.A.Z!!!

 [jangan bawa fitnah pada ISLAM!]

3 syarat ujian :
-usaha sehabis daya!
-natijah hanya dari Allah!
-tawakal wajib dalam setiap jiwa-jiwa islam!

[ semuga najah kabir untuk kegemilangan islam! ]

Sunday, April 18, 2010

falastini!

[ini realiti di bumi palestini!!!]


[ mana usaha kita untuk pembebasan Al-Aqsa?? ]

[mereka sentiasa berjuang!kita???]

Allah bagi kita peluang!
Allah tunjuk kita jalan!
Semuanya pada diri kita...
Dan sungguh!
Nasib saudara kita di Palestin 
akan terbela
akan berakhir
bilamana kita bersatu dan berusaha
BEBASKAN PALESTIN!!!

Buat pengetahuan sahabat-sahabat tersayang,
Allah bagi jalan pada kita untuk membantu saudara kita di Palestin
Kerajaan Turki telah membuat perjanjian dengan Israel
- Sebarang kapal-kapal dari Turki boleh belayar disekitar Palestin - 
Dengan ini,kita semua,umat ISLAM!
Haruslah sama-sama dalam misi ini
Sahabat-sahabat kita di Malaysia sudah lama bergerak
Kita yang berjiran dengan Palestin bagaimana?
DANA yang perlu dikumpul adalah 10 JUTA
Sumbangan terkini mencecah 59 RIBU 
3 Buah kapal telah dibeli untuk belayar ke gaza
Kapal ini dilengkapi dengan sistem satelite untuk
Memancarkan kepada tontonan umum
Sepanjang usaha mereka bersama keadaan realiti di Palestine
Ayuh kita sama-sama bergabung!
Usaha kita semua bergantung pada tangan-tangan kita
Tingkatkan kesedaran isu Palestin ini
Bukalah mata wahai jiwa-jiwa Islam
Ini bukan kisah lapuk!
Ini realiti hidup ummat!

DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT PADA : 
[ Sebarang keterangan lanjut dialu-alukan buat sahabat-sahabat semua!]
  - Mana-mana sahabat dan adik-adik yang ingin bergerak bersama pada misi ini,boleh bagi nama pada :

    saya selaku tuan rumah ini [ain alyaa]
    wakil akhawat [ nurulhuda ahmad sani ]
    wakil ikhwah [ azhan hamdan ]!syukran !

Saturday, April 17, 2010

menangislah!


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
[ naseed keredhaanMu - Inteam ]

 [ si purnama yang menjadi saksi esakan hamba-hambaNya]

Friday, April 16, 2010

kata-kata..

 [ kata-kata ibarat mata pedang ]


boleh jadi penyejuk hati
boleh jadi pencetus amarah
boleh jadi penyumbang idea
boleh jadi pelemah semangat
boleh jadi ..
boleh jadi ..
boleh jadi ..
semuanya pada hati kamu..

-kata-kata yang baik versus kata-kata yang batil-


[ jaga kata-kata supaya iman terjaga ]
p/s: Sila berfikir dengan baik sebelum meluahkan kata-kata!diri,sila berjaga-jaga!

Tuesday, April 13, 2010

can't see at all...


That's why it feels like 
losing you is like somebody just turned all the lights off
won't somebody, anybody
please just turn the lights on
I won't take one step
I can't see what's coming next
losing you is like somebody just turned all the lights off
can't see at all
can't see at all
can't see at all
cause it's like somebody just turned all the lights off



Used to see my world in color
when you left me it's like my world turned gray
turn my winter into summer
why won't you help me turn night to day
I can't eat, I can't sleep, I can't think at all
honestly it feels like I ain't living no more
can't say no more, can't see no more 


[ feeling sick.. ] 

Saturday, April 10, 2010

yang dikasihi sepenuh jiwa!

[ ini adek beradik saya! ]

kak najibah yang dekat dihati
aisyah si teman jiwa disisi
amal si teman karib kesana ke mari
nawal si perajurit seperjuangan dulu kini selamanya

mereka adalah pelengkap
juzuk-juzuk 
pada hati kecil yang sentiasa 
tersenyum riang!

terima kasih ya Allah
atas pemberian ini!

[ cepat kembali kuat ye kak ji dan amal sayang ]

~ hati..jangan risau dan jangan gundah!~

Friday, April 9, 2010

menanti sepurnama bulan?


tuntutan itu melebihi masa..
dan jika berlengah-lengah yang dilebih-lebihkan
sungguh!
itulah golongan mutakhirin!
jangan menanti buah busuk jatuh ke tanah..
jangan menunggu bunga layu keguguran..
jangan menunggu usia ke tua..

bergerak!bergerak!bergeraklah sekarang!
Islam itu di tangan kamu!


[ angka keramat 21 tahun baru perlu matang 
dan berfikir tentang ummah dan Islam?
sungguh jika itu yang berlaku,
kelambatan islam itu dipuncak kerana diri itu!]

Wednesday, April 7, 2010

quek-quek vs biri-biri..


ini si biri-biri
si biri-biri yang berbulu gebu
cantik dan lembut sekali
hidupnya bersama kumpulannya sahaja
berlari ke kiri
berlari ke kanan
ayuh teman-teman!
kita bermain bersama!
jangan difikir tentang sekelilingmu...
asalkan makan kenyang dan gembira bersama-sama~






ini pula si quek-quek
yang hidupnya hanya mengikut si ibu
berenang ibu ke kiri..kirilah arusnya
berenang ibu ke kanan..kananlah diikutinya
taat setaatnya..bimbang jauh dari ibu
hilang tiada pedoman
bila berbicara..
penuh berkata-kata..
ibarat tiada penghujung
apa yang dikata benar sahaja
tiada ruang bagi yang lain
terus dan terus berkata~

wahai jiwa-jiwa daei..
mana sifat pada dirimu
butakan mata pada hal sekelilingmu
atau melaksanakan amar maaruf nahi mungkar?

wahai hati kudus..
taatlah selagi mana menepati alquran..assunah dan syara'
berlemah lembut dan berhikmahlah dalam menegakkan kebenaran
kerana di situ pancarnya akhlak muslim!

[ thanks a lots to dearest alon and adik for this quek-quek and biri-biri ]

siapa kamu?

[ syiar islam..itu matlamat kami!]

mereka hanya insan biasa
yang berusaha dan mencuba
membuat sesuatu yang luar biasa
untuk meninggikan  syiar islam
untuk menjulang panji-panji islam
untuk membuah peribadi muslim
untuk menjaga biah islamiah
yang sentiasa melaung kalimah agung
LA ILAHA ILA ALLAH
MUHAMMADU RASULULLAH!

ya..itu mereka!
mereka itu pimpinan!
mereka itu khalifah!
mereka itu memegang amanah
pada diri sendiri..
pada ahli keluarga
pada sahabat-sahabat
pada masyarakat sekeliling
pada UMMAH!
SIAPAKAH MEREKA itu??
mereka itu adalah KAMU!
DIRI KAMU!
RUH KAMU!
JIWA KAMU!

jangan lupa tanggungjawab kita semua..
ingat..kita semua pimpinan~
yang akan disoal oleh Sang Pencipta kelak!


[ sedar diri dalam kebingungan ]




Saturday, April 3, 2010

rumah baru!

[ rumah baru yang menyakitkan mata!]




ada satu kisah..
sedih dan sungguh pilu..
alkisahnya di sebuah tanah lapang
berdiri teguh si rumah papan beratap nipah

almaklumlah..
rumah lama..ditelan zaman
namun TETAP TEGUH
teguh kerana ahli rumahnya BERSATU
yang bocor sama ditampung
yang reput sama diganti kayu yang lagi kukuh binaanya
yang penting tapaknya yang SATU
masih utuh!
ya,tapaknya itu yang perlu dijaga sungguh-sungguh!
itu janji mereka!janji yang dilaung dengan kalimah Agung!
Allahuakbar!


ahli semakin ramai..
Alhamdullilah..dapatlah mereka bersatu bergabung
mencantikkan  dan membesarkan rumah itu lagi
lalu,tersenyumlah si ketua rumah berseorangan
harapannya..semakin bahagialah mereka semua

kuharapkan panas hingga ke petang
rupanya mendung ditengahari
badai datang menerpa
rumah-rumah baru dibina dengan sesuka hati di sekitar rumah lama itu
alasan mereka kononya kukuh
kami mahu yang lebih baek
kami mahu peningkatan
kami mahu itu dan ini
menangislah seluruh ahli rumah yang membina rumah lama itu
bukan kerana kehilangan teman serumah
namun kerana
hilangnya rasa kuat bersatu
sudah pudar rasa bersama
Allah..mereka menangis!

Doa dan usaha tidak pernah berhenti
apa sudah mereka tidak mahu bersama - sama mencantikkan rumah
lantas TERUS membina rumah baru
sayu..pilu..sedarlah sahabat-sahabat

ini binaan kita
kite mesti pertahankan
yang kurang sama kita tampung
yang lebih sama kita rasai
BERSATU bukan BINA yang LAIN!

Si ketua menangis tersedu sedan
bukan kerana rasa lemah
bukan kerana rasa dipermainkan
tapi kerana TIDAK INGIN BERPUTUS ASA
ya..aku mesti kukuh..aku mesti kuat..
hubungkan kami kembali!
pasti!Pelangi akan muncul pada badai itu!~



[ rumah baru?sampai bilakah kekalnya jika tujuannya menyimpang jauh?]