Saturday, March 27, 2010

teguhkan hati-hati itu!

[ anak-anak yang dikasihi sepenuh hati! ]

Khas buat adik-adik di hatiku , 
teguh itu sifat kita
bersatu itu janji kita
manis pahit sama kita tempuhi

ingat wahai serikandi..
Allah mentaqdirkan kamu semua
berkumpul dan bersama
bukan sekadar mengisi tempoh di bumi anbiya
tetapi,memenuhi juzuk hidupmu
untuk menyayangi insan disekelilingmu
yang kurang kita penuhkan
yang penuh kita sama curahkan
memberilah selagi ada nyawa
dunia ini ladang akhirat kamu
dunia ini tempat menjalin kasih Ilahi
dunia ini penuh ujian..pahit rasanya
namun itu yang menguatkan dirimu
bersusahlah dahulu untuk capai kesenangan yang hakiki
ingat..jangan rasa lemah
kerana dalam diri dia ada kamu!
kuat wahai permata hati!
kuatlah mengharunginya!
jangan difikir jangan dilayan
bisikan membinasakan itu!
bangun!
inilah masanya ...
buktikan ukhuwah itu di tahap mana!

[ masihkah adik-adik semua ingat tentang janji ukhuwah antara kita dahulu? ]


2 comments:

  1. insyaAllah kak ain...
    akan sentiasa kami ingat janji itu...
    =)

    ReplyDelete