Friday, March 12, 2010

kenapa GERUN?

[dunia,satu persinggahan yang sementara~ ]

kenapa rasa gerun yang menerjah
bilamana ajal disebut-sebut
kenapa rasa takut yang meninggi 
tika mana mata memandang sekujur tubuh kaku
kenapa rasa pilu menyinggah
bilamana menatap wajah yang dikasihi pucat lesi

kerana manusia hanyut dengan keseronokan dunia
kerana manusia ada rasa memiliki yang tinggi
kerana manusia tidak cakna pada dosanya
kerana manusia enggan berbuat amal bekalannya
kerana manusia sering lupa dan lupa
kerana manusia tidak sedar bahawasanya 
dia hanya seorang Hamba!


[muhasabah teragung adalah kematian!]


No comments:

Post a Comment