[ kasih ini menjejak ke maqam Imam Shafie ]
[ 12 Rabiulawal 1431H ]
ada kelainan pada tarikh keramat itu
ada bekas pada jiwa kecil ini
ada rindu yang merantai
ada pilu dalam senyum
Kita merancang dan pelaksanaan itu dari Allah
akal berkira-kira,sudah lama menyusun strategi
mahu dan mahu
ya saya MAHU!
ke situ lagi ..
kerana ad bayangannya di situ
kerana ad kasih saya di situ
semuanya di situ
bukan kerana keramatnya tempat
kerana ingin memburu cinta pada Baginda
Di situ,
rasa hamba itu lebih menyuntik
Di situ,
rasa berdosa itu menggunung tinggi
Di situ,
rasa hina ingin bertemu dengan Baginda namun hati meronta degil
ingin dan tetap memburu pertemuan dengan sang kekasih hati ini
Semuanya di situ..
dan ingin sekali membawa diri
ke semua juzuk
ke semua jejak
ke semua kenangan
yang ada tentang Baginda
lebih lebih lagi
di Haramain
ya Allah,permudahkanlah aku menjadi tetamuMu !
Ramai yang menganggap
sudah hilang akal orang ini
mengikut hati tiada penaakulan
Biar,
asalkan hatiku tersenyum
senyum dalam pilu
senyum dalam rindu!
---SOLLU 3LA AN-NABIYINA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w--
bes nya..jeles ngn akak..
ReplyDeletesy pn dah tekad nak ke situ lg..insyaAllah..=)
salam~
ReplyDeleteiAllah..pasang niat2 cantek2
nati Allah perkenankan =)