Fudhail bin ‘Iyadh berkata ketika ia ditanya mengenai tawadhuk: Tunduk dan akur kepada kebenaran,terikat kepada kebenaran dan menerimanya daripada sesiapapun datangnya kebenaran tersebut.
Al-Junaed berkata: Ia adalah merendahkan sayap dan lembut pergaulan.
Al-Imam al-Ghazali pula berkata: Tawadhuk adalah seperti akhlak-akhlak yang lain juga,baginya ada yang melampau dan ada pula yang mengabaikan terus, di antara kedua-duanya ada pula ada yang sederhana
(Pertengahan). Bagi tahap yang melampau itu ialah takabbur dan yang mengabaikan pula ialah menghina diri,sementara bagi yang pertengahan dan terpuji itulah dikatakan tawadhuk.
pesan pada diri :
rendahkan hati
rendahkan ia sebenar-benar tempatnya
rendahkanlah...kerana disitu ade ketenangan!
No comments:
Post a Comment