Sunday, January 31, 2010

[ayyuh pupuklah jiwa!]

Rasulullah An-Nabi Saidina Muhammad s.a.w ibnu Abdullah ibnu Abdul Mutallib ibnu Hashim 
ibnu Abdul Manaf ibnu Khusai ibnu Kilab ibnu Murrah ibnu Kaab ibnu Luai ibnu Ghalib ibnu Fihri
ibnu Malik ibnu Nadri ibnu Kinanah ibnu Khuzaimah ibnu Mudrikah ibnu Ilyas ibnu Mudhar 
ibnu Nizar ibnu Mua'd ibnu Adnan

[ sumber : Kitab fiqh al-sirah ]

Friday, January 29, 2010

2 A : ananiyah dan amanah ~

[ haza milki! ]

Ananiyah ~
ungkapan yang membawa makna individualistik 
atau dengan lebih tepatnya 'ini hak dan milik sy!'
istilah yang bernanah dalam jiwa-jiwa insan
perkataan yang membangkit persengketaan
memisahkan hubungan utuh dua jiwa

[ case 1 ]
A: baju ni saya punya,mana boleh bagi kat orang len!
B: alaa A,bukannya awak guna pon.dah tak muat dengan awak..tak ade faedahnya duk menyemak kat situ
A: biarla..awak mana faham!itu kenangan saya..
B: kenangan untuk diingati..memang benar..tapi kalo kite bagi kat orang lain yang lagi memerlukan..itukan lagi banyak manfaatnya dan tak membazir..
A: sayangnya..itu kan baju saya..ade atau tak manfaatnya..yang penting itu milik saya!

[ case 2 ]
kakak : dik,nanti kat skula nanti,adik kongsi dengan kawan-kawan ye
Adik   : hurm,kongsi-kongsi ni tak maen la kak
kakak : nape plak?kan sharing is caring!
Adik   : geli kak!geli - geleman~~~
kakak : adik o adik~~haishhh!

[case 3 ]
mama : yayang,mama nak tengok hadiah yang papa kasi aritu buleh =)
anak   : he he he..mama ~ jangan marah !~~~
mama : nape ni yayang?
anak   : sebenarnya, yayang dah hilangkan hadiah tu..maaf ma~~

bilamana seseorang tu merasa semua yang ad pada dirinya adalah HAK dan MILIKnya
maka,keraslah hati untuk saudaranya,temannya apatah lagi untuk manusia sejagat
sedarlah wahai hati-hati kecil
semua yang ada padamu hatta dirimu sendiri
adalah MILIK RABB
Allah Yang Maha Agung
namun janganlah kamu mengsia-siakan 'pinjaman' dariNya
jagalah sebesar-besar amanah ini
dengan sebaek-baek jagaan
kelak,akan dituntut kembali 'kepunyaanNYA'!
baek penjagaanmu itu maka baeklah ganjaranmu kelak!
[jaga betol-betol , kongsi sama-sama]



Thursday, January 28, 2010

her day----->nurulhuda ahmad sani

salam3leyk~
untuk semua sahabat hambe
buat sementara waktu , 'umah' ini akan jadi ucapan khas hambe pada adek badek hambe yang amat dikasihi
and now,its your turn my dearest huda!


~ adik manis kami bersama buah kurma ~

Alkisah nak dijadikan ceritera
huda atau nama timangan manjanya hoodsunny
antara yang termuda dalam batch kami
[ye hani,sy xkan lopakan enti sebagai adik kami juga!he2]
muda DAN berkepimpinan
itula die si kecik manis kami ni
jom imbas kembali saat - saat pertama berkenalan dengan huda
hurm..[blink2]
citenye agak kelakar la jugak
kami cube untuk kenal mengenali
ketika mana kami sedang jalan laju-laju [ye ke jalan?ke berlari-lari marathon?he he he]
berlumba-lumba nak ke kelas doc fatma yang 'sangat besar'
untuk amik port yang paling 'best'
he he he..zaman belajar yang perit tapi tinggi nilainye
disitula bermula kami jd sahabat
sepanjang kami jadi adek badek ni
meh kite putar balik semua memori 3tahun lepas
[jeng..jeng..jeng]

nurulhuda ahmad sani
alhamdullilah tepat 21tahun pada arini
ade kak una n ramai sedara kat bumi mesir ni
memakai spek gaya professional
penuh bermotivasi..huhu..sape2 yang mandom tu blehla rujuk cik uda kite ;)
raisah tanta yang pertama ! acecece~~~
seorang peniaga yang berjaya!cayala uda
menjadi P/A pada kak una pabila kak una jadi raisah plak
tempat saya selalu kaco adalah bilik cik uda ngan kak una
sentiasa me'welcome' sesape sahaja
yang penting kami jadi sahabat sehati sejiwa!
~dan buat adikku uda tersayang~

semuga hari lahirmu ini menguatkan hati dan diri
meneguhkan keimanan,memacakkan ketaqwaan
dan memberi sinar akhlak yang indah
ap yang berlalu di ambil iktibar
ap yang mendatang disusun kemas
ap yang ad sekarang digenggam erat
sama-sama kite berhimpun di jannah kelak!
ameen!
[inni uhibbuki fillah!]








Monday, January 25, 2010

sungguh!

sungguh!
sungguh dan sesungguhnya!
saya merindui keluarga saya~

'semuga cerdikmu secerdik  Saiyidatina Aisyah r.a
cantikmu secantik Ainul Mardhiah ,
pengorbananmu setinggi Sumaiyah ,
ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan
semuga tempatmu ...
di syurga Al-Jannah!
salam sayang dari mummypapa dan semua adik beradik =) '



 

 
 
 
[hakikatnya berseorangan disini]

[Alhamdullilah..Allah berikan nikmat ukhuwwah yang tinggi manisnya disini =)]

Sunday, January 17, 2010

'tawadhuk'



Fudhail bin ‘Iyadh berkata ketika ia ditanya mengenai tawadhuk:  Tunduk dan akur kepada kebenaran,terikat kepada kebenaran dan menerimanya daripada sesiapapun datangnya kebenaran tersebut.

Al-Junaed berkata: Ia adalah merendahkan sayap dan lembut pergaulan.

Al-Imam al-Ghazali pula berkata: Tawadhuk adalah seperti akhlak-akhlak yang lain juga,baginya ada yang melampau dan ada pula yang mengabaikan terus, di antara kedua-duanya ada pula ada yang sederhana
(Pertengahan). Bagi tahap yang melampau itu ialah takabbur dan  yang mengabaikan pula ialah menghina diri,sementara bagi yang pertengahan dan terpuji itulah dikatakan tawadhuk.

pesan pada diri :
rendahkan hati
rendahkan ia sebenar-benar tempatnya
rendahkanlah...kerana disitu ade ketenangan!

['Tawadhu’ adalah sikap lembut, akhlak yang baik, dan tidak merasa tinggi di hadapan manusia.']

Thursday, January 14, 2010

rindu yang amat T_T



 

[diam seribu bahasa dalam kerinduan yang amat]

Wednesday, January 13, 2010

[ jelajah bumi nabi Musa!]


[ nikmat susah ! ]


[ subhanallah! ]



[ timbul ketaatan padaNya!]


~ berleluasalah kamu di bumi Allah =)~


Tuesday, January 12, 2010

keburukan itu dari KAMU!

“Kita mendekati Allah SWT, meminta kepada-Nya, pada masa yang sama kita mendekati apa yang dimurkai-Nya, dan mencintai pula kemungkaran itu”


bilamana ditimpa ujian
bilamana ditimpa cabaran hidup
bilamana ditimpa pergolakan
terhegeh-hegeh baru menyelak al-quran
terhegeh-hegeh baru khusyuk solat
baru rasa nak ingat Allah kat mana-mana
bagus..baik..hebat
semua tu amalan yang terpuji
tapi pada masa yang sama
maksiat??sungguh!
anggota tubuhmu tidak redha  pada semua kelakuanmu!
ingat!!hari akhirat tu bukan sahaja hari pembalasan bg yang baik
tapi hari untuk dihisab perkara buruk juga!
mengeluh bila rasa doa tak dimakbul
sama-sama kita fikir -fikir balik
sama-sama kita muhasabah balik
hidup kita mana yang lebih
kebajikan atau dosa
Allah~~

[yang buruk itu dari diri sendiri!]





Monday, January 11, 2010

seolah-olah dia tidak pernah berdoa!

'Dan apabila manusia ditimpa BAHAYA , dia BERDOA kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah KAMI hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali ke jalan yang sesat,seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya.Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.'
[surah Yunus : 12]








[ teguran dari Allah teros pada hambaNYA!]


Sunday, January 10, 2010

aku TIADA apa2!

buka mata
buka seluas-luasnya
lihat hakikat diri
semua yang ada padaku
hanya PINJAMAN semata-mata
aku tiada kuasa!
aku tiada usaha
untuk menolaknya
ilmu didada usah ditanya
cetek namun tak berupaya untuk diamal lagi
lemah!bukan tak berdaya
tapi tiada daya usaha!
riak ujub meniti dibibir
dirasa diri cukup semuanya
sempurna tiada cela
jauh!jauh!jauh!
celakalah aku!!!
Allah..
AMPUNI aku!

[pergi jauh cinta dunia!]

Saturday, January 9, 2010

[UNITY and UNDERSTANDING]






' to achieve UNITY , we first have to establish UNDERSTANDING ! '

tuhan tak lupakan kita!

tuhan tak pernah
dan tak akan
lupakan kita!
biarpon kita hamba yang disayangi
biarpon kita hamba yang dimurkai
biarpon kita hamba yang diuji
biarpon kita hamba yang bersedih hati
biapon kita hamba yang senyum disisi
tak pernah dan tak akan
walaupon sesaat!
wahai manusia!!!
lupakah kamu???

[dimana Allah dalam dirimu??]

Wednesday, January 6, 2010

diam ertinya...

[diam]
seringkas perkataan sedalam makna seluas pengetahuan
diam bukan bererti kalah
diam tak mengugah maruah
diam itu pada tempatnya
diam itu tanda hikmah
diam itu tinggi nilainya
diam..diam..diam..
sepikah dunia?

[ diam itu lebih baek?mungkin!]

Monday, January 4, 2010

ya ukhti,ibtisimmi!


[deq su yang dirindui]

senyum..
penawar hati
pengubat rindu
penenang jiwa
penghilang resah
senyum..
pancaran iman
pantulan ukhuwah
penggerak dakwah
senyumlah~

~senyum sokmo!~