Thursday, May 19, 2011

[ 2 jenis ]

[ 2 jenis aka peace! ]

dalam dunia
 Allah yang punya
Dia isikan
dengan 2 jenis perkara
yang berakal dan tidak berakal
lalu terbentuklah
alam dan manusia
namun dengan satu dasar kukuh ;
keimanan padaNya

dalam bahagian manusia
ada 2 jenis ciptaanNya
lelaki dan perempuan
lalu akan berkembang biaklah
di atas bumi
dengan satu matlamat yang izzah ;
menjulang tinggi syiar Islam

dalam alam ghaib
ada 2 jenis hambaNya
satu dimuliakan kerana ketaatannya
satu lagi telah dijanjikan neraka
kerana derhakanya
iaitu
malaikat dan iblis 

dalam dunia ini
ada 2 bentuk tawaran terhebat
amal soleh atau amal 3asi
yang membawa kepada
2 jenis pintu di akhirat
pintu syurga atau pintu neraka

dalam diri manusia
teruji dengan 2 sifat
sifat yang baik atau sifat yang keji
pilihlah sifat yang ingin 
kamu bina untuk 
sekepal daging di dadamu itu
[hati]

dalam kaum nabi-nabi terdahulu
sepertimana di ambil ibrah
dari kisah Nabi Nuh Alaihi Salam dan kaumnya
ada yang beriman dan selamat di atas kapal
dan ada yang tenggelam dalam kekufuran
dan ia juga terbentuk dari 2 jenis bukan?

dalam imtihan dunia
mahupun imtihan akhirat
natijahnya juga menghasilkan
2 jenis perkara
berjaya atau gagal 
tetap dan tiada yang ditengah-tengah 

Asasnya hanya bermakna PILIHAN
jadilah dan bentuklah diri
untuk menjadi pemilih yang bertaqwa
bukan sekadar fatrah pilihanraya
namun
di sepanjang kehidupanmu

[ ISLAM for life ]
[ ISLAM for All ]
- No doubt -

Sunday, January 23, 2011

kebaikan yang diseru


salam buat semua sahabat
hati yang sejahtera
aman dari segala sifat
hasad dan keji
semoga ketenangan
eksklusif hanya dari
kalamNya

lama bertapa 
bukan bererti menjauh
cuma mencari erti diri yang belum pasti

beberapa peristiwa yang ingin dititip
yang baik itu jika diamalkan
yang kurang elok itu
jangan dilupa pantas dibuat sebagai 
pengingat diri

dengan penuh rendah hati~
memori diputar..

[ MTC incharge ]

ini muka bahagia 
namun hakikatnya gentar
dengan segala amanah yang lalu
Allah,kami mohon kebaikan yang kami
usahakan ini mendapat pandangan disisiMu
kerana kami tahu hanya dijalan ini
kami berpeluang merasa terus sebagai hambaMu!

waktu bekerja 
jalan untuk mengenal diri
usaha untuk mengenal insan lain
dan lapangan untuk menyisih sifat buruk!

semoga ada beratnya di mizan kelak!
ameen ya rabb!

[ kunjungan keluarga En.Habibullah dari malaysia ]

Alhamdullilah
nikmat kasih sayang keluarga
dalam mengubat rasa rindu
rasa tanggungjawab
dalam mencorakkannya

Salah satu cara
untuk kamu merasa syurga
melalui ibu ayah 
ayyuh,berbuat kebaikan pada orang tuamu!

[ sunshine =)]

ini program pertama
yang dikelola oleh adik 
di bumi tantawi
Alhamdullilah
kagum dengan kesungguhan
usaha yang tegar
dan hasil yang moga 
dihujani barakah
sepertimana titis-titis 
tangisan kesyukuran dari langit biru
mabruk alaiki adik!
~jet aime~

[ acara akhir paed awal internal med =) ]

Subhanallah
Allahuakbar
Alhamdullilah
paeds sudah berlalu
alfun mabruk untuk semua sahabat
atas keputusan yang baek
semoga mumtaz yang membawa
kebaikan di akhirat kelak!

bagi perang internal med!
nantikan kami!
kami bukan calang-calang
kerana kami
kaum yang ingin melawan
dan terus menundukkan hawa nafsu kami
untuk menuju falah akbar!

[ masjid 4 mazhab!]

sungguh,
tidak perlu mengungkap panjang
pergi saja pada tempat sujudmu
pasti,tenang dan kebaikan
menantimu tanpa perlu ada rasa ragu!
[ibarat disuntik rasa segar dan baru dalam diri]

[ hassan saket dan tiada rawatan =( ]

sedeh,pilu
hasan pergi secara tiba-tiba
tanpa sebarang tanda
 Allah,semoga husayn ini
mampu membawa khabar gembira

[ gambatte 2011!~]

satu saja pesanan untuk diri
tahun ini merupakan
tahun penyelesaian
 kepada semua mehnah
bukan dengan meninggalkan masalah
maka ia selesai
tidak!
tapi berani bersua muka
merasa susah untuk berjaya
maka itu jalannya penyelesaian!
[ peace and smile! ]

[ family day tanta - shrekian ]

FDT yang berbeza tahun ini
untuk saya secara khusus
banyak yang berlaku
banyak yang Allah ingatkan
supaya hati itu sentiasa sedar
Allah,aku mohon kebaikan dariMu!

buat mizah,
mabruk untuk FDT pada tahun ini
sungguh,ia pengalaman dan didikan yang terbaek bukan?

[ night of purity PTL ]

semoga ia menjadi amal kebajikan yang telus!
bukan murka Allah yang ditimpa!

p/s:
~ baby masuk skula naim jugak..huhu..3la kulli hal..subhanallah
~ tindakan akak,pertuturan akak, tidak ada satu pun yang menipu kamu..
~ jangan hidup dalam andaian dan pendapat diri tanpa rujukan yang sah
~ akak sukakan yang hak,bukan yang batil..jadi akak sentiasa menyayangi takkan sesekali membenci..
~ gambatte untuk semua adik-adik bagi imtihan yang bakal bertandang!Rabunna najahna!