Monday, November 15, 2010

the story begins...


Pencil: I'm sorry.... 

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 


Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :) 



[ think! ]

beautiful~


rasa mahu saja
memanggil ibu terchenta sepenuh hati
sehingga suara kecil ini
menyinggah pada jasad suci itu

tapi ini penangan ibu
melihat anak saja
sudah meleleh airmatanya
bimbang dengan anak
kerana jauh dari jagaan keluarga

Allah..terkesima..
lembutnya hati seorang ibu
berderai airmatanya
esakannya
hanya mampu ditelan diusap
dari hujung talian

Allah..
aku mohon dengan sesungguh pohonan
kau perkenankanlah 
kau maqbulkanlah
segala hajatnya 
yang membawa kebaikan padanya
kerana hanya Engkau tempatku memohon..

anak mana tidak menyayangi seorang ibu?

[ selamat hari lahir sayang-sayangku mummy =) ]

[ ibu saya?paling chantek dan semua yang paling-paling di hati saya! ]

Thursday, November 11, 2010

da best from u!

[ baby,si tudung merah!]

salam penuh senyuman
dek keriangan khabar dari kota sana

11 Nov 2010
saya kira hadiah terhebat 
dari seorang anak buat ayahnya
sebuah kejayaan si cilik sayang
anis sofia merangkap baby
buat papa tersayang!
pasti!
segala yang lelah 
segala jerih papamummy
sungguh hilang sebegitu sahaja
dengan kegembiraan kejayaan baby

baby,
terima kaseh untuk hadiah itu
ingat satu pesan kak teh
syukur dan terus syukur
jangan pernah terdetik
menjadi si hidung tinggi
terus dan terus berjuang
kerana ini hanya permulaan

buat baby tersayang
kak teh doakan semoga 
baby antara hati suci yang
Allah benarkan dan senangkan
pada hati,akal dan kalamnya
untuk membawa kalam-kalamNYA

love u baby!


[ baby memang kelas la!hehe mantap~]

Wednesday, November 10, 2010

dearest everlove~


sungguh..
rindu yang amat padanya
rindu pada usikannya
rindu pada ajarannya
rindu amarahnya
rindu yang amat ...


[ muka saya ikut muka ayah..yep,sebab saya anak papa! ]

hari ini 
11 November 2010
hari lahir papa tersayang
ya,rindu amat sama papa ..
rasa mau pulang saja~

sepanjang pulang ke tanah air tempoh hari
papa banyak bawa saya ke mana-mana
tambah-tambah lagi ke tempat kerjanya
dan ajar saya macam-macam
yang buat saya menjadi pendiam banyak
kehidupan , ragam manusia , perubatan
susah , kesungguhan , kasih sayang
semua membuat saya berfikir dalam-dalam
benarlah, bergerak sedikit sahaja
sudah membuat kita berubah..
banyak kenangan anak dan ayah
sama-sama berlapar
sama-sama makan
sama-sama penat
sama-sama redah hujan
sama-sama tersenyum
saya tahu..itu hanya sebahagian kecil sahaja
dari kehidupan seharinya

setiap ingatan saya
utuh pada pesannya
sungguh,saya tidak akan pernah lupa
dengan izinNya




papa,
d.ain doakan papa sentiasa menjadi 
hamba yang Allah kasih
hamba yang Allah rindu
hamba yang Allah ingin meredhainya sentiasa
salah seorang umat Nabi yang
amat Nabi ingin temui
dalam keadaan yang paling indah
di jannatul firdaus
Allah ..
aku memohon kebaikan buatnya
redhaMu mengiringinya
dan jauhkan dari kesakitan di akhirat kelak
kerana aku tahu
dia menyayangiMu
sepenuh jiwanya...

papa,selamat hari lahir...

sayang amat sama papa!

Sunday, November 7, 2010

seketika bersama kanak-kanak

ini keadaan-keadaan biasa terjadi
pada ruang kecemasan
di hospital kanak-kanak!

bandingkan 2 situasi ini :

[ proses rawatan bagi pesakit asthma ]

dengan ini :

 [ kanak-kanak yang mengambil rawatan yang sama ]

apakah beza penerimaan rawatan yang sama
berdasarkan 2 situasi di atas?

itulah gelagat kanak-kanak
versi mesriyyin yang cukup kreatif!
untuk kanak-kanak yang merasa 'irritate'
dengan penggunaan mask,
bolehlah sesuka hati mencabut
dan menyedutnya secara 'direct'
pada aliran pernafasan!
dan tak pernah lupa
cik nurse yang selamba sahaja
membiarkan cara rawatan yang salah
itu diteruskan dengan mantapnya!

itulah warta isu semasa
sekitar hospital tanta
department paed!
pasti antunna tersenyum sahaja!
~selamat bermujahadah!~