Friday, February 26, 2010

------ RASULULLAH-------

 
[ kasih ini menjejak ke maqam Imam Shafie ]

[ 12 Rabiulawal 1431H ]
ada kelainan pada tarikh keramat itu
ada bekas pada jiwa kecil ini
ada rindu yang merantai
ada pilu dalam senyum

Kita merancang dan pelaksanaan itu dari Allah
akal berkira-kira,sudah lama menyusun strategi
mahu dan mahu
ya saya MAHU!
ke situ lagi ..
kerana ad bayangannya di situ
kerana ad kasih saya di situ
semuanya di situ
bukan kerana keramatnya tempat
kerana ingin memburu cinta pada Baginda

Di situ,
rasa hamba itu lebih menyuntik
Di situ,
rasa berdosa itu menggunung tinggi
Di situ,
rasa hina ingin bertemu dengan Baginda namun hati meronta degil
ingin dan tetap memburu pertemuan dengan sang kekasih hati ini

Semuanya di situ..
dan ingin sekali membawa diri
ke semua juzuk
ke semua jejak
ke semua kenangan
yang ada tentang Baginda
lebih lebih lagi
di Haramain
ya Allah,permudahkanlah aku menjadi tetamuMu !

Ramai yang menganggap
sudah hilang akal orang ini
mengikut hati tiada penaakulan

Biar,
asalkan hatiku tersenyum
senyum dalam pilu
senyum dalam rindu!

---SOLLU 3LA AN-NABIYINA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w--

Wednesday, February 24, 2010

Alhamdullilah!...seTINGGI kalimah agung..

 [ 10 Rabiulawal 1431H ]
-Alhamdullilah,esok CUTI..sepertimana yang saya doakan
-Alhamdullilah,Allah permudahkan jalan untuk menemui kekasih hati saya yang paling agung,
yang dirindui setinggi-tinggi kasih..semoga dalam kasih sayang Allah pertemuan ini
-Alhamdullilah,hati terdetik-detik,ingin sekali berhubung dengan sahabat tercinta,ukhti Naimah dan penuh kejutan dia muncul di depan mata hamba~
-Alhamdullilah,pengalaman dan pesanan dari orang-orang yang lebih matang dalam mengharungi hidup ini dengan harapan kami semua,adik-adik dapat melakukan yang terbaek untuk keberadaan di bumi Mesir
-Alhamdullilah,dapat berkumpul besama sahabat-sahabat yang disayangi =)
-Banyak lagi kesyukuran yang perlu dititipkan,semuga dapat merasai hidup bertuhan!


Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah
itulah perasaan yang boleh saya gambarkan untuk hari ini
seakan-akan nikmat dunia saya capai
ya Allah,
Engkaulah yang mempermudahkan jalan
Engkaulah yang membuka seluas-luas rahmat
Alhamdullilah.....
setiap yang terdetik di dalam hati kerdil ini
seakan-akan terjawab
SUNGGUH!
Allah itu Maha Mendengar!
semoga apa yang berlalu pada hari ini
meningkatkan rasa CINTA padaNYA~

 
[ hati yang berbunga-bunga,Alhamdullilah ]

Monday, February 22, 2010

ilmu , orang soleh dan syurga..


ربنا هبلنا حكما والحقنا بالصلحين وجعل لنا لسان صدق في الاخرين وجعلنا من ورثة جنة النعيم   


'Ya Allah ya tuhan kami , berikanlah kepada kami ilmu 
dan masukkanlah kami dalam 
golongan orang - orang yang soleh dan
jadikanlah kami buah tutur yang baik
bagi orang - orang yang kemudian
dan jadikanlah kami termasuk 
orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan
ameen!'



[ Doa Nabi Ibrahim yang telah ditukar
dari pekataan 'aku' kepada 'kami' ]




Sunday, February 21, 2010

mencari dalam hilang..

tiada apa-apa cuma
desakan hati meronta-ronta
mencari dan terus mencari
setiap kenangannya
setiap gerak susuknya
setiap yang ada tentangnya
rindu dalam sepi
mungkin itu kalimah yang tepat
dan pasti
Dia hidup dan sentiasa hadir dalam hati hina ini!



[buanglah sepi dalam kerinduan,namun rindu juga menyentak kalbu!]

Saturday, February 20, 2010

Asy-Syu'ara'

'Maukah Aku beritakan kepadamu,kepada siapa setan-setan itu turun?'

'Mereka (setan) turun kepada setiap pendusta yang banyak berdosa,'

'mereka menyampaikan hasil pendengaran mereka mereka,sedangkan kebanyakan mereka orang-orang pendusta.'

'Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat.'

[Asy-Syu'ara' : 221-224]

~ kadang-kadang tak perlu untuk berkata-kata,cukup dengan KalamNYA sahaja!~

Friday, February 19, 2010

Allahumma Yassir wa la tu3assir!

 
 [ tanpa sedar,diri dikuat oleh-NYA]

jiwa meronta-ronta
lemas dalam asakan kehendak manusia
bergerak bersungguh mencari ilmu
bukan kerana sang Pencipta
tapi kerana ,
TUNTUTAN MANUSIA!

mungkin sudah 'mereka' lupa
mungkin sudah 'mereka' gentar
mungkin sudah 'mereka' pilu

buat serikandi-serikandi tercinta
asuhan semangat waliullah
semuga di bumi Tanta daerah gersang ini
menjadi pasak pada janji-janji
usahamu,gerak hidupmu,ilmumu
HANYA pada yang HAK,
sang PENCIPTA mu!
[ semuga yang terbaek buat adik-adik sahabat seperjuangan semua!]

Thursday, February 18, 2010

yang sempurna~

kalau hendak difikir kembali..
segan rasanya untuk meng'post' kali ini
jauh sudah tempoh masa berlalu untuk diri 'nya'
kekasih jiwa saya,
Wan Nor Akma Wan Zain

May ALLAH Bless You My Dearest Sis!
 
[Dia,hari ulangtahun ke 25,sedih sy tiada disisi mereka]

 
[ini pasangan romantik yang melahirkan kami semua =)]

kata mak ayah :
anak-anak penambah seri keluarga
penguat jiwa,pengubat suramnya hati
yang putih coraknye,yang dijaga sepenuh masa
yang manja dikuatkan dirinya
yang utuh dibelai dengan kekuatan iman
iman~semuga itu pasak kekuatan kami!

[selamat hari lair buat kakakku yang terchenta,
 semuga ap yang sudah berlalu menjadi kekuatan hambaNya 
 untuk merentasi titik kehidupan yang Allah susun buat kakakku 
yang tersayang!semuga kuat hati dan tegar imannya!~]

with lots of love~
- deq ain -