Wednesday, March 17, 2010

[enggan berulang lagi]

hidup diri yang dipenuhi
dengan 'eksperimen-eksperimen'
penuh ngeri
penuh ngilu
andai tersilapcara
hati sayu
menjerit melolong
'wahai jiwa!enggan ia berulang lagi!'

[ perasaan yang dihempas ombak kencang ]




[ asif jiddan~ ]


[ hati,jangan menangis! ]

Monday, March 15, 2010

tegar!teguh!tetaplah...



[ tuntutan itu banyak,jadi bertahan wahai diri! ]

toleh ke kiri
toleh ke kanan
pusing , pandang pada ufuk itu
masih ada sinar cahaya dari yang Esa
  dan rebah merenung diri
penat yang menerjah wahai diri
penat jasad dikuat dengan semangat
namun , padahkah jika hati sudah lesu jua?
tahan!sabar!jangan mengeluh!
ada Pencipta yang sedang memerhati segala gerak susuk tubuhmu itu!

[ emosi dan perasaan wajib dijaga ketika mana tahap lemahnya diri ]

senyumlah
ia pembakar jiwamu
senyumlah 
pasti tenang yang digapai
senyumlah
kerna itu tanda kasihmu pada diri sendiri!


[ jangan sesekali lupa untuk menyayangi diri sendiri!senyumlah! =) ]




Friday, March 12, 2010

kenapa GERUN?

[dunia,satu persinggahan yang sementara~ ]

kenapa rasa gerun yang menerjah
bilamana ajal disebut-sebut
kenapa rasa takut yang meninggi 
tika mana mata memandang sekujur tubuh kaku
kenapa rasa pilu menyinggah
bilamana menatap wajah yang dikasihi pucat lesi

kerana manusia hanyut dengan keseronokan dunia
kerana manusia ada rasa memiliki yang tinggi
kerana manusia tidak cakna pada dosanya
kerana manusia enggan berbuat amal bekalannya
kerana manusia sering lupa dan lupa
kerana manusia tidak sedar bahawasanya 
dia hanya seorang Hamba!


[muhasabah teragung adalah kematian!]


Saturday, March 6, 2010

KALAH dengan ujianNya?

ini realiti hidup
ini memang terjadi
ini,
tidak dapat kamu elakkan
kerana kamu hanya HAMBA-Nya sahaja
mahu atau tidak..
bersiap sedialah~
jika mampu kami menghadapinya
hadapi dengan tenang..
jika mengalah dengan ujianNya
jangan terus hilang pedoman!

jangan kalah wahai teman!
jangan lemah bilamana bertemu muka dengan ujian!
kerana itu tanda iman kamu...
kerana di situ tanda ukur taqwa kamu...
kerana di situ bukti kasihNya padamu!

[jangan sesekali lemah dan mengalah!]

p/s: buat ukhti fi qalbi,aisyah..tiada yang mampu oleh diri ini untuk menenangkan hati kecilmu
       cume kata - kata ini sahaja mampu ku sampaikan

'sesungguhnya dengan mengingati Allah,jiwamu pasti tenang..berzikirlah sepenuh hati!'

Thursday, March 4, 2010

yang lalu dan masa kini =)

Diceriterakan pada sebuah perkampungan
setiap tahun,iAllah akan diadakan pesta penuh keimanan
yea,benar!
ia adalah pesta,festival atau apa-apa sahaja nama yang sedap
tapi yang cantek dengan pesta itu
muda mudi yang enak menghayati pesta pasti akan senyum puas
bukan kerana ap
cume kerana ada nikmat ukhuwwah di situ
ada rasa thaqafah menjulang tinggi
ada rasa tanggungjawab perlu dijaga
ada rasa senang dan gembira di situ

 
[tv program dan bilik akhawat]

 
[maen sepuas ati]



[macam-macam ad =)]


[untukmu PMRAM!]


[si cilik yang memeriahkan kasih]



[si hero aslam yang terbang ke angkasa asia timur semalam]


[para pengadil keluarga bahagia~]


[keluarga itu~rindu sungguh!]


[ade pameran juga,huhu ]


[khaibar!khaibar ya yahud!Allahuakbar falastini!]

  
[ceramah kesihatan]


[medical check up!]


[acik-acik yang kepenatan]


[inilah pesta muda mudi!]

ps:ohh..imtihan sudah dekat~doakan2!
[nantikan kemunculannya pada 8Mac ini!]



Friday, February 26, 2010

------ RASULULLAH-------

 
[ kasih ini menjejak ke maqam Imam Shafie ]

[ 12 Rabiulawal 1431H ]
ada kelainan pada tarikh keramat itu
ada bekas pada jiwa kecil ini
ada rindu yang merantai
ada pilu dalam senyum

Kita merancang dan pelaksanaan itu dari Allah
akal berkira-kira,sudah lama menyusun strategi
mahu dan mahu
ya saya MAHU!
ke situ lagi ..
kerana ad bayangannya di situ
kerana ad kasih saya di situ
semuanya di situ
bukan kerana keramatnya tempat
kerana ingin memburu cinta pada Baginda

Di situ,
rasa hamba itu lebih menyuntik
Di situ,
rasa berdosa itu menggunung tinggi
Di situ,
rasa hina ingin bertemu dengan Baginda namun hati meronta degil
ingin dan tetap memburu pertemuan dengan sang kekasih hati ini

Semuanya di situ..
dan ingin sekali membawa diri
ke semua juzuk
ke semua jejak
ke semua kenangan
yang ada tentang Baginda
lebih lebih lagi
di Haramain
ya Allah,permudahkanlah aku menjadi tetamuMu !

Ramai yang menganggap
sudah hilang akal orang ini
mengikut hati tiada penaakulan

Biar,
asalkan hatiku tersenyum
senyum dalam pilu
senyum dalam rindu!

---SOLLU 3LA AN-NABIYINA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w--

Wednesday, February 24, 2010

Alhamdullilah!...seTINGGI kalimah agung..

 [ 10 Rabiulawal 1431H ]
-Alhamdullilah,esok CUTI..sepertimana yang saya doakan
-Alhamdullilah,Allah permudahkan jalan untuk menemui kekasih hati saya yang paling agung,
yang dirindui setinggi-tinggi kasih..semoga dalam kasih sayang Allah pertemuan ini
-Alhamdullilah,hati terdetik-detik,ingin sekali berhubung dengan sahabat tercinta,ukhti Naimah dan penuh kejutan dia muncul di depan mata hamba~
-Alhamdullilah,pengalaman dan pesanan dari orang-orang yang lebih matang dalam mengharungi hidup ini dengan harapan kami semua,adik-adik dapat melakukan yang terbaek untuk keberadaan di bumi Mesir
-Alhamdullilah,dapat berkumpul besama sahabat-sahabat yang disayangi =)
-Banyak lagi kesyukuran yang perlu dititipkan,semuga dapat merasai hidup bertuhan!


Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah
itulah perasaan yang boleh saya gambarkan untuk hari ini
seakan-akan nikmat dunia saya capai
ya Allah,
Engkaulah yang mempermudahkan jalan
Engkaulah yang membuka seluas-luas rahmat
Alhamdullilah.....
setiap yang terdetik di dalam hati kerdil ini
seakan-akan terjawab
SUNGGUH!
Allah itu Maha Mendengar!
semoga apa yang berlalu pada hari ini
meningkatkan rasa CINTA padaNYA~

 
[ hati yang berbunga-bunga,Alhamdullilah ]